Owner
Affiliate
Visit our main blog ;
And our facebook page as well as our Instagram.
Archives
Recent Posts
Date back by month
♥ December 2015
♥ February 2016
♥ March 2016
|
Monday @ 21.12.15
`Pengalaman
Assalamualaikum. Saya
merupakan salah seorang daripada pelajar APIDS97. Saya diminta untuk berkongsi
pengalaman selama saya berada di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam
Puri Kelantan ini.
Saya merupakan pelajar ambilan kedua bagi sesi 2015/2016. Sepanjang saya berada di
sini, saya telah mendapat beberapa pengalaman yang amat berharga sebagai
pedoman bagi diri saya sendiri. Antaranya ialah saya dapat mengenali dan
berkawan dengan orang warganegara Thailand dek rakan sebilik yang berasal dari
Sokhla, Thailand. Ini merupakan pengalaman yang baru dan menarik untuk
berinteraksi dan bertukar pandangan dan budaya dengan beliau. Biarpun berlainan course (kursus), kami tetap dapat menjalankan hidup kami sebagai rakan sebilik selama
hampir dua semester dengan baik.
Selain itu, saya juga dapat merasai suasana negeri Serambi Makkah atau Kelantan Darul Naim
yang sangat Islamik dan amat jarang dan mungkin tidak dapat dirasai di
negeri-negeri yang lain. Saya juga berpeluang untuk ke Medan Ilmu yang terletak
di pusat Bandar Kota Bharu untuk mendengar kuliah mingguan dari penceramah yang
terkenal di Malaysia amnya.
Seterusnya, pelajar APIDS 97 juga telah mengadakan Daurah Perdana yang melibatkan hampir
semua siswa APIDS 97 yang telah diadakan pada semester yang pertama yang
bertempat di Kuala Besut Terengganu dan kawasan sekitarnya. Program ini
sememangnya memberi peluang keemasan kepada saya untuk merasai sendiri
pengalaman makan angin di negeri Darul Naim ini bersama rakan seperjuangan .
Akhir kalam, dapat saya simpulkan di sini bahawa saya berasa amat bersyukur kerana terpilih
untuk menjadi salah satu daripada siswa APIDS . Majulah APIDS untuk Negara!!!
Older | Newer
|
Background Profile
Kami adalah pelajar-pelajar APIDS (Asasi Pengajian Islam Dan Sains) sesi 2015/2016 yang lahir pada tahun 1997. Dan kami adalah Kohort atau Batch ke-14 bagi kursus pengajian ini. Buat masa ini, kami sedang belajar di Universiti Malaya Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan untuk subjek-subjek Pengajian Islam manakala pada tahun depan InsyaAllah kami akan meneruskan pengajian di Universiti Malaya Kuala Lumpur untuk subjek-subjek sains dan seterusnya, meneruskan pengajian di tahap Ijazah Pertama
Kami tidak berdiri keseorangan. Kami punya keluarga. Keluarga kami yang tersendiri. Ahli-ahli batch pertama hingga yang terkini, iaitu sehingga kami yang batch ke-14 bersama-sama membentuk suatu keluarga, suatu halaqah yang besar, suatu usrah yang besar -- SGPI. Ingin tahu lebih lanjut? Ayuh sertai kami! Pilih bidang Asasi Islam Dan Sains, Universiti Malaya sebagai pilihan pertama anda. Kami sedia menanti ;)
Jangan bersedih jika anda masih belum bersedia untuk siap siaga, kami dengan rela hatinya ingin berkongsi kisah kami kepada anda semua!
Jika anda ingin ajukan soalan atau memberi komen, sila klik di Tagboard dan tinggalkan jejak anda. ♥
Blog ini dikendalikan sepenuhnya oleh ExcoMP97
|
Our Journalists
Berikut merupakan pengarang kami serta karya-karyanya:
Dax Rome:
Mushroom Putih:
Focyx Falcon:
Darth Vader Beriman:
blackmoon:
Dan ramai lagi! // AKAN DATANG //
|
Monday @ 21.12.15
`Pengalaman
Assalamualaikum. Saya
merupakan salah seorang daripada pelajar APIDS97. Saya diminta untuk berkongsi
pengalaman selama saya berada di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam
Puri Kelantan ini.
Saya merupakan pelajar ambilan kedua bagi sesi 2015/2016. Sepanjang saya berada di
sini, saya telah mendapat beberapa pengalaman yang amat berharga sebagai
pedoman bagi diri saya sendiri. Antaranya ialah saya dapat mengenali dan
berkawan dengan orang warganegara Thailand dek rakan sebilik yang berasal dari
Sokhla, Thailand. Ini merupakan pengalaman yang baru dan menarik untuk
berinteraksi dan bertukar pandangan dan budaya dengan beliau. Biarpun berlainan course (kursus), kami tetap dapat menjalankan hidup kami sebagai rakan sebilik selama
hampir dua semester dengan baik.
Selain itu, saya juga dapat merasai suasana negeri Serambi Makkah atau Kelantan Darul Naim
yang sangat Islamik dan amat jarang dan mungkin tidak dapat dirasai di
negeri-negeri yang lain. Saya juga berpeluang untuk ke Medan Ilmu yang terletak
di pusat Bandar Kota Bharu untuk mendengar kuliah mingguan dari penceramah yang
terkenal di Malaysia amnya.
Seterusnya, pelajar APIDS 97 juga telah mengadakan Daurah Perdana yang melibatkan hampir
semua siswa APIDS 97 yang telah diadakan pada semester yang pertama yang
bertempat di Kuala Besut Terengganu dan kawasan sekitarnya. Program ini
sememangnya memberi peluang keemasan kepada saya untuk merasai sendiri
pengalaman makan angin di negeri Darul Naim ini bersama rakan seperjuangan .
Akhir kalam, dapat saya simpulkan di sini bahawa saya berasa amat bersyukur kerana terpilih
untuk menjadi salah satu daripada siswa APIDS . Majulah APIDS untuk Negara!!!
Older | Newer
|
Tagboard
|
About this Site
Owner : APIdS'97
Designer : Nicole
Basecode : Fang Min
Banner : Xiaorene
Material: Cyworld
Cursor : Lovelycore
Graphics : Creambunny
|